Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang memasuki hari kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina (PICC), di Manila, Filipina Isnin.
Transcript
00:02Pertama, Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim meneruskan agenda rasmi sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak
00:10Berkaitan yang memasuki hari kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina PICC di Manila, Filipina pada Isnin.
00:17Jadual Isnin menyaksikan Perdana Menteri menghadiri beberapa siri pertemuan peringkat tinggi bersama pemimpin negara anggota ASEAN dan rakan dialog termasuk
00:27Sidang Kemuncak ASEAN Cina ke-29 yang dijadual berlangsung pada pukul 10 pagi.
00:33Ia disusuli Sidang Kemuncak ASEAN Pertemuan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB ke-16 pada pukul 11.15 pagi sebelum menghadiri jamuan
00:41tengah hari bersama pemimpin.
00:43Pada sebelah petang pula, Anwar dijadual menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Australia ke-6 diikuti pertemuan dua hala bersama Republik Demokratik
00:52Rakyat Lao, Lao PDR.
00:54Beliau turut dijadual menerima kunjungan hormat Bank Pembangunan Asia ADB sebelum menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Republik Korea ROK ke-27
01:02pada pukul 3.15 petang.
01:05Perdana Menteri kemudian dijadual mengadakan Sidang Media Khas bersama wartawan Malaysia pada pukul 4 petang bagi menyampaikan perkembangan serta khasa
01:13penyertaan negara dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang Berkaitan.
01:17Kemudian beliau dijadual berlepas dari PICC ke lapangan terbang-antrebangsa Nino Aquino NAIA Manila bagi menyambut Presiden Perancis Emmanuel Macron
01:27yang akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Isnin.
01:31Ini merupakan lawatan pertamanya ke negara ini sejak 2017.
01:35Perdana Menteri akan kembali semula ke Manila pada selasa bagi menghadiri penutupan Sidang Kemuncak ASEAN yang akan turut dihadiri Presiden
01:43Amerika Syarikat Donald Trump.
01:44Sidang Kemuncak itu dijadual berakhir dengan Filipina menyerahkan pengelusi ASEAN kepada Singapura untuk tahun 2027.

Recommended