00:00Suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia, SPRM, sedang menjalankan siasatan dalaman.
00:06Bagi meneliti beberapa dawaan dibuat oleh ahli perniagaan,
00:10Basha Kiwan seperti dilaporkan Portal Sarawak Report sejak 16 Ogos lepas.
00:15SPRM dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan,
00:19siasatan itu adalah susulan arahan ketua pesuruh jaya SPRM
00:22yang mahu penelitian menyeluruh dibuat supaya tindakan dan langkah sewajarnya dapat diambil.
00:31Menurut kenyataan itu, pertemuan antara pegawai SPRM dengan Basha Kiwan sebelum ini adalah sebahagian daripada amalan siasatan biasa
00:38bagi meneliti serta mengesahkan maklumat berkaitan usaha pemulihan aset kes One Malaysia Development Berhad OneMDB.
00:47Tambah kenyataan, setiap perbincangan turut dihadiri Wakil Jabatan Peguam Negara AGC
00:51dan ia tidak bermaksud SPRM mengiktiraf sebarang tuntutan atau status beliau.
00:56Jelas SPRM Basha Kiwan tidak dikategorikan sebagai individu yang dilindungi di bawah Akta Pelindungan Pemberi Maklumat 2010
01:05dan perkara ini telah dimaklumkan kepadanya ketika pertemuan pada 2 Disember 2025.
01:11Berhubung dawaan mengenai ganjaran dan pembahagian hasil pemulihan aset, SPRM menegaskan perkara itu sekadar draft derma daripada pihak ahli perniagaan
01:21terbabit
01:22dan tidak pernah dipersetujui atau ditandatangani oleh Suruhanjaya berkenaan.
01:28SPRM turut menjelaskan pihaknya tidak pernah terlibat dalam isu pelantikan peguam memandangkan ia di luar bidang kuasa Suruhanjaya itu.
01:37Kenyataan itu menyebut SPRM memutuskan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Basha Kiwan
01:41selepas berjaya memperoleh dokumen rasbi serta rekod sah.
01:47Ia melalui permintaan bantuan perundangan bersama MLA dengan pihak berkuasa Kuwait
01:51menjadikan maklumat yang ditawarkan oleh beliau tidak lagi menjadi keperluan utama siasatan.
01:57Sementara itu SPRM pada hari sama turut merakam percakapan ahli perniagaan Albert T.
02:03yang hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi membuat aduan berhubung isu berkenaan.