00:00Bersua kembali, sebuah menara pusat kewangan di Riyadh Arab Saudi dilaporkan mengalami kerosakan akibat serangan yang didakwa dilancarkan oleh kumpulan
00:09Houthi.
00:10Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, serangan itu menyebabkan kerosakan harta benda, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
00:17Imej yang disiarkan media rasmi negara itu mengenalpasti bangunan terbabit sebagai Menara Public Investment Fund, PIF, iaitu Ibu Pejabat Dana
00:25Kekayaan Negara Arab Saudi dan Bangunan Pencakar Langit Tertinggi di Riyadh.
00:30Agensi Pertahanan Awam Arab Saudi berkata serangan itu teruk menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan berhampiran.
00:36Dalam masa sama, Kementerian Luar Arab Saudi mengecam serangan terhadap sasaran awam dan menegaskan negara itu berhak mengambil segala langkah
00:44yang diperlukan bagi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.
00:48Serangan terbaru itu berlaku di tengah ketegangan berterusan antara Arab Saudi dan Houthi di Yaman.