00:00Ibu, bapa dan masyarakat disaran membantu kanak-kanak membina tabiat digital yang sehat dengan mengurangkan masa penggunaan skrin serta menggalakkan
00:09lebih banyak aktiviti fizikal dan sosial.
00:11Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fazil berkata, kanak-kanak berhak membesar dalam persekitaran yang selamat termasuk ketika menggunakan internet dan
00:19platform digital.
00:23Menurut beliau, penggunaan teknologi perlu diseimbangkan dengan aktiviti yang dapat menyokong perkembangan emosi, sosial dan fizikal kanak-kanak.
00:31Fahmi berkata golongan dewasa memainkan peranan penting dalam membimbing anak-anak menggunakan teknologi dengan cara yang sihat dan bertanggungjawab.
00:39Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Facebook sempena Hari Kanak-kanak Sedunia yang disambut pada 20 November setiap tahun.
00:46Sambutan itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak kanak-kanak serta kepentingan melindungi kebajikan mereka dalam dunia yang semakin mencabar.
00:56Fahmi turut mengingatkan bahawa semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda dibesarkan dalam persekitaran yang sihat, selamat dan seimbang
01:05antara dunia digital serta dunia sebenar.