00:00Kementerian Dalam Negeri KDN bersedia meneliti semula mekanizem penggunaan senjata api oleh anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia RELA
00:07bagi membantu pekebun menangani ancaman hidupan liar yang menjejaskan hasil tanaman.
00:13Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syamsul Anwar Nasarah berkata penelitian itu akan melibatkan aspek kelelusan syarat kelayakan bentuk kebenaran
00:21dan had penggunaan senjata api tertakluk kepada Bidang Kuasa Polis Diraja Malaysia PDRM serta peruntukan undang-undang sedia ada.
00:32Katanya sebelum ini anggota RELA yang terpilih dan lulus tapisan pernah dibekalkan dengan senjata api jenis shotgun
00:38bagi membantu tugas keselamatan setempat dan operasi membasmi musuh tanaman.
00:43Bagaimanapun amalan itu dihentikan susulan beberapa insiden penyalahgunaan dan kemalangan melibatkan senjata api
00:50selain penstrukturan semula tata cara penggunaannya menerusi transformasi RELA di bawah Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 Akta 752.
01:00Syamsul Anwar berkata ketika ini RELA masih terlibat dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pelindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perhilitan
01:08dengan memberikan sokongan logistik, kawalan perimeter, kepungan kawasan dan pemasangan perangkap.
01:14Beliau menegaskan tindakan menembak hidupan liar hanya dilaksanakan sebagai langkah terakhir oleh pegawai penguatkuasa perhilitan yang bertahuliah.
01:22Sebenarnya, sebarang cadangan membenarkan anggota RELA menggunakan senjata api perlu mematuhi Akta Senjata Api 1960, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010
01:31dan Akta Berkaitan.
01:33Terima kasih telah menonton!
Comments