• 4 minutes ago
Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai dadah bernilai RM29,223 daripadanya di Jalan Gambang-Segamat, di Kuantan, pada Rabu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai dadah bernilai RM29,223 daripadanya di Jalan Gambang Segamat di Kuantan pada Rabu.
00:10Ketua Polis Daerah Kuantan, SUP Ashari Abu Samah berkata lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Siasatan
00:18Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang kira-kira 1.10 pagi selepas bertindak hasil maklumat dan risikan.
00:28Pemeriksaan pada lelaki itu dan kenderaan dinaikinya menemukan 9.675 kilogram ganja, 3.48 gram heroin serta 0.30 gram
00:39pil yabah dianggarkan berjumlah RM29,223.
00:45Sekiranya terlepas ke pasaran, bekalan itu berpotensi disalahgunakan oleh kira-kira 19,350 individu.
00:52Ashari berkata lelaki itu yang memiliki 8 rekod berkaitan dadah dan jenayah mengaku menerima upah RM600 bagi setiap perjalanan untuk
01:00membawa dadah dari Kelang, Selangor ke Kuantan.
01:04Beliau berkata dia kini direman hingga 24 November ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15 Kurungan 1 Akta
01:12Dadah Berbahaya 1952.
01:13Polis turut menjalankan siasatan mengikut Akta Dadah Pelucut Hakan Harta 1988 terhadap wang tunai RM550 yang dirampas daripada lelaki itu
01:23sekaligus menjadikan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan dalam kes berkenaan berjumlah RM29,773.
01:31Terima kasih kerana menonton!
01:31Terima kasih kerana menonton!

Recommended