00:00Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM akan melaksanakan kajian lelaki budiman negara bermula 20 November hingga 31 Disember ini.
00:10Kajian menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara LPPKN itu bertujuan meneliti isu keperluan serta cabaran yang dihadapi golongan lelaki
00:19di Malaysia.
00:23Dilaksanakan dengan kerjasama UITM TeknoVenture Sempena Hari Lelaki Sedunia, kajian itu menyasarkan 8,236 responden lelaki berusia 13 tahun ke
00:33atas.
00:34Responden akan dipilih dari 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan.
00:38Dapatan kajian akan digunakan untuk membangunkan instrumen khusus bagi mengukur ciri, nilai, kesejahteraan dan peranan lelaki dalam masyarakat.
00:47Instrumen itu kemudian akan menjadi asas kepada kerajaan dalam merancang dasar, program dan intervensi pembangunan sosial yang bersesuaian.
00:55Kajian merangkumi 8 domen utama termasuk aspek fizikal, psikologi, sosial, spiritual, kemahiran pengurusan kehidupan, budaya digital, kesetaraan gender serta transisi
01:06dan kelansungan generasi.
01:07Pengumpulan data akan dijalankan secara bersemuka oleh penyelidik bersekutu bertahuliah menggunakan kaedah temubual dan soal selidik berbantukan komputer.
01:17KPWKM memberi jaminan semua maklumat yang dikumpul adalah sulit, penyataan dibuat secara sukarela dan data dilindungi mengikut etika kerasiaan kajian.
01:26Terima kasih telah menonton!