00:007 anggota dan pegawai tentera udara di Raja Malaysia TUDM telah ditahan bagi membantu siasatan susulan penemuan 96.6 kg
00:10disyaki dadah di pangkalan udara Subang selasa lalu.
00:15Panglima TUDM, General Tan Sri Muhammad Nur Azlan Aris berkata, mereka terdiri daripada 5 pegawai dan 2 anggota lain-lain
00:23pangkat.
00:26Tambah beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan kemudahan dan aset ketenteraan disyaki menjadi sasaran sindiket penyeludupan dadah melalui pangkalan udara Subang.
00:37Selain itu, Nur Azlan menambah siasatan diteruskan bagi mengenalpasti sejauh mana rangkaian penyeludupan itu mengeksploitasi kemudahan penerbangan ketenteraan.
00:47TUDM turut memberi kerjasama penuh kepada PDRM bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan tindakan sewajarnya diambil.
00:56Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap salah laku atau pembabitan anggotanya dalam aktiviti penyeludupan serta pengendaran dadah khususnya yang
01:05membabitkan pesawat dan aset ketenteraan tanpa mengira pangkat atau jawatan.
01:10Perkara itu terbongkar selepas petugas TUDM mengesan beberapa bagasi mencurigakan di bangunan pergerakan udara AMS Pangkalan Udara Subang pada 17
01:20November lalu.
01:21Beliau berkata pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas oleh anggota pasukan pertahanan darat TUDM menemukan beberapa bungkusan mencurigakan yang disusun kemas di
01:31dalam bagasi terbabit.