00:00Kos operasi dan penyelenggaraan bangunan warisan yang tinggi khususnya di Ibu Negara mendorong Dewan Perhimpunan China, Kuala Lumpur dan Selangor
00:08KLSEH memohon pertukaran status tanah daripada komersial kepada institusi bagi membolehkan kadar premium nominal dikenakan.
00:16Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wilayah Persekutuan Hena Yoh berkata, kutipan sewa Dewan yang diterima KLSEH daripada pertubuhan bukan kerajaan
00:26NGO tidak sampai 20% daripada keseluruhan kos operasinya.
00:32Katanya KLSEH sebelum ini dikenakan premium tanah sebanyak RM4.67 juta, namun kadar itu dikurangkan kepada RM1,000 selepas pertukaran
00:42syarat nyata tanah kepada kegunaan institusi selaras dengan kaedah 10, kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995.
00:50Beliau berkata, jawatan kuasa Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan kadar premium itu kerana bangunan institusi mempunyai sekatan pembangunan komersial
01:00selain mengambil kira taraf warisan kebangsaan yang diterima sejak 2007.
01:05Hena berkata demikian dalam perbahasan usul berkaitan pengurangan premium tanah KLSEH membabitkan tujuh ahli parlimen pada sesi kamar khas di
01:13Dewan Rakyat pada Isnin.
01:15Kebanyakan ahli parlimen terlibat meminta perjelasan berhubung keputusan kerajaan meluluskan premium nominal RM1,000 berbanding anggaran asal RM4.67 juta
01:25bagi pajakkan 99 tahun tanah KLSEH.
01:29Menurut Hena, KLSEH yang diiktiraf sebagai tapak warisan kebangsaan sepatutnya berpeluang memohon geran atau peruntukan kerajaan bagi kerja pemeliharaan dan
01:39pemeliharaan warisan selaras dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005.
01:43Bagaimanapun bila berkata KLSEH tidak menerima sebarang geran atau peruntukan pemeliharaan daripada kerajaan sejak 2008 meskipun permohonan dibuat setiap tahun.
01:53Tambahnya kuasa untuk menaikkan atau mengurangkan kadar premium tanah terletak di bawah bidang kuasa jawatan kuasa tanah wilayah Persekutuan Kuala
02:00Lumpur yang dipengerusikan Ketua Sisi Usaha Negara.