• 3 minutes ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia kekal menghormati keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), meskipun memilih pendekatan rundingan dengan kerajaan Myanmar bagi menyelesaikan isu berkaitan warga negara itu di Malaysia.

Category

🏖
Travel
Transcript
00:00Keputusan menjemput Ketua Junta Myanmar, Min Aung Hyang, ke Malaysia dibuat atas pertimbangan kepentingan negara, bukan bermakna kerajaan berkompromi terhadap
00:10prinsip hak asasi manusia.
00:12Perdana Menteri Dato' Syiano Ibrahim berkata, Malaysia kekal menghormati keputusan mahkamah keadilan antarabangsa ICJ, meskipun memilih pendekatan rundingan dengan kerajaan
00:21Myanmar bagi menyelesaikan isu berkaitan warga negara itu di Malaysia.
00:25Dalam memutuskan dasar, keutamanya adalah memelihara kepentingan negara. Apakah dengan mengundang Presiden Myanmar, Aung Lai, ke Malaysia itu membantu menyelesaikan
00:47manahan negara?
00:48Jawabnya iya. Kerana tidak berkesudahan mengharapkan negara ketiga tidak berhasil dan mengharapkan mereka dibawa pulang dengan mudah pun tidak berlaku.
01:03Jadi kita runding dan atas kerundingan itu kita telah berjaya selagi dengan keputusan mahkamah dan antarabangsa iaitu menjamin safe and
01:19dignified return.
01:21Itu istilah penghakiman mahkamah ICJ. Apakah kita jamin? Jawabnya kita dapat jaminan.
01:29Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Hassan Abdul Karim, PKR Pasir Gudang, sama ada Malaysia berasa bersalah kerana telah
01:38menjemput Ketua Kerajaan Junta Myanmar ke Malaysia.
01:41Sedangkan pada 19 November lalu, ICJ di The Hague, Belanda memutuskan pasukan keselamatan Myanmar membunuh beribu-ribu orang awam orang
01:51India.
01:51Jelas Anwar, pendekatan rundingan itu membuahkan hasil apabila seramai 10,476 warga Myanmar telah dibawa pulang ke negara asal mereka
02:01setakat ini dengan kos ditanggung Kerajaan Myanmar.
02:04Selain itu, Kementerian Luar telah meluluskan penggunaan tiga kapal tentera laut Myanmar bagi membawa pulang 1,500 lagi warga negara
02:12itu pada 6 dan 7 Disember ini.
02:14Seterusnya, seramai 5,303 warga Myanmar dijadual dibawa pulang menerusi penerbangan sepanjang Disember.

Recommended