00:00Malaysia akan meningkatkan aspek keselamatan dan pemantauan berisikan sesualan perkembangan kegiatan agensi Perisikan Israel-Mossad yang didakwa semakin aktif di
00:10negara jiran sejak kebelakangan ini.
00:12Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata perkembangan itu perlu diberi perhatian serius termasuk memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi
00:20memastikan kegiatan berkenaan tidak menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.
00:26Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara MKN diminta memaklumkan kepada rakyat mengenai perkembangan itu selain meningkatkan kewaspadaan terhadap sebarang ancaman keselamatan
00:38yang lain.
00:39Beliau bukan wilayah tapi nak jaga kerana kuasa besar itu mesti disantuni supaya jangan jadi masalah kepada kita.
00:47Semua tahu bahawa di keselamatan kita juga sekarang Alhamdulillah tapi saya dah minta Majlis Keselamatan Negara memaklumkan kepada rakyat bahawa
01:04kegiatan Mossad Israel itu
01:07daripada pengkalanan negara jiran sangat kuat. Dalam 3-4 tahun ini naik 3 kali kekuatan dia.
01:17Tanah-tanah yang dikuasa di Israel itu sudah beli bukan sahaja di Phuket dan di Bangkok tapi juga di Selatan
01:25Siam.
01:29orang tanya apa halnya. Maksudnya kita kena awasilah. Kita kena baik dengan negara jiran supaya dapat kita tangani hal ini
01:37dan keduanya kita kena waspada supaya kekuatan kita itu ada.
01:43Mengulas hubungan antarabangsa, beliau berkata Malaysia perlu terus mengamalkan pendekatan diplomasi serta menjalinkan hubungan baik dengan semua negara termasuk kuasa
01:54besar seperti China dan Amerika Syarikat.
01:56Beliau berkata hubungan baik dengan kedua-dua negara perlu dikekalkan kerana negara berkenaan mempunyai kepentingan besar kepada ekonomi.
02:04Dalam perkembangan sama, beliau berkata usaha membantras rasuah dan ketirisan dalam agensi penguatkuasaan juga merupakan sebahagian besar agenda memperkukuh keselamatan
02:13negara.
02:14Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Semarak Wakaf Perdana 2026 di Pulau Pinang pada Ahad.