00:00Kementerian Kesihatan Malaysia KKM memperkenalkan garis panduan pertama penjagaan aurat pesakit bagi meningkatkan privasi dan keselesaan wanita di fasiliti kesihatan.
00:10Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Perubatan KKM, Datuk Dr. Mohd Azman Yaakob berkata, garis panduan itu meliputi penjagaan aurat pesakit di
00:20Dewan Bedah dan Dewan Bersalin.
00:26Inisiatif itu merangkumi penyediaan pakaian dan bahan pakai buang khusus bagi memastikan bahagian tubuh pesakit yang tidak terlibat dalam prosedur
00:35perubatan kekal tertutup.
00:37Menurut beliau, inisiatif berkenaan merupakan langkah asas yang sebelum ini kurang diberi perhatian secara menyeluruh dalam perkhidmatan kesihatan.
00:46Jelasnya, bagi prosedur di bawah bedah, KKM kini menyediakan bahan pakai buang yang bersesuaian untuk menutup aurat pesakit, mengambil kira
00:56keperluan kebersihan dan risiko pencemaran.
00:59Pendekatan sama turut dilaksanakan di Dewan Bersalin menerusi penyediaan pakaian khusus yang membolehkan hanya bahagian tubuh yang diperlukan untuk prosedur
01:09perubatan dedahkan.
01:10Menurut beliau, langkah itu diharap dapat mengurangkan kebimbangan wanita yang berasa malu atau tidak selesa dengan isu pendedahan aurat ketika
01:20proses kelahiran.
01:22KKM menyasarkan garis panduan itu digunakan bagi semua ibu bersalin di fasiliti kesihatan termasuk hospital dan klinik kesihatan yang menawarkan
01:32perkhidmatan berkaitan.
01:33Dr. Mohd Azman menjelaskan proses kelahiran boleh melibatkan komplikasi tidak dijangka seperti pendarahan berterusan, masalah pengeluaran placenta dan kedudukan bayi
01:45yang memerlukan intervensi perubatan segera.
01:48Sehubungan itu kehadiran pakar, pegawai perubatan dan jururawat terlatih penting bagi memastikan sebarang komplikasi dapat ditangani dengan segera.
01:58Garis panduan berkenaan telah dilaksanakan di Hospital Raja Perempuan Zainab HRP Z2 manakala pelancarannya bertujuan memberi makluman kepada masyarakat mengenai
02:09kemudahan yang disediakan.