Semalam negara mencatatkan jumlah kes COVID-19 tertinggi iaitu sebanyak 1,755 kes.
Ia merupakan jumlah jangkitan harian tertinggi setakat ini sejak pandemik itu melanda negara dengan jumlah kumulatif terikini ialah 38,189 kes.
Negara juga dijangka mengalami twindemik atau pertembungan antara dua wabak iaitu influenza dan COVID-19, pada hujung tahun ini mengambil kira pertukaran musim kepada musim hujan.
Untuk bercakap mengenai perkara ini, di talian sekarang adalah Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Epidemiologi Dan Biostatistik), Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM, Dr Suhaily Mohd Hairon.
Comments