Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hayat UMNO tidak boleh disandarkan pada perhitungan atau kekuatan parti lain, bukan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Pas apatah lagi DAP.

Menurutnya, UMNO mesti berdikari dan membangunkan kekuatannya dengan cara serta strategi sendiri.

Beliau berkata demikian ketika Ucapan Perasmian Serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada Rabu.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #PAU2026 #UMNO #MohamadHasan

Category

🗞
News
Transcript
00:00UMNO juga sangat menyedari bahawa kita tidak boleh bergantung kepada sesiapa
00:05Tidak pada PH ataupun PN
00:09Tidak PAS apatah lagi bergantung dengan DAP
00:13Hayat UMNO tidak boleh kita sandarkan kepada perhitungan parti lain
00:19Atau kekuatan mereka
00:22UMNO mesti berdiri dan berdikari sendiri
00:26Membangunkan kekuatan kita dengan cara dan strategi kita sendiri
00:31Kita tidak ada talian hayat lain
00:34Kecuali kebingkasan dan ketahanan diri kita sendiri
00:39Justru saudara-saudara sekalian
00:42Tanamlah dalam fikiran kita bahawa
00:45Selagi kita bergantung pada parti lain
00:48Kita sebenarnya masih jauh lagi daripada kepulihan
00:52Jika kita bergantung kekuatan kepada orang lain
00:57Matlamat jangka pendek mungkin berjaya
01:00Tetapi kerugian dalam waktu panjang itu
01:03Akan lebih memudaratkan lagi UMNO
01:06Pergantungan kepada orang lain
01:10Adalah formula politik tempang
01:12UMNO mempunyai harga diri dan maruah
01:16Yang tiada timbal balasnya
01:19UMNO tidak boleh dibeli dengan kerjasama politik bermusim
01:23UMNO perlu mengembalikan kekuatan kita sendiri
01:27Agar akhirnya kita tidak perlu bergantung dengan orang lain
01:32Untuk berkelansungan
01:38Sampai jumpa di video selanjutnya

Recommended