Mengenang 21 tahun tragedi 9/11, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memberi penghormatan kepada warga Amerika yang terkorban dan bertarung nyawa pada detik hitam negara Uncle Sam itu.
Dalam upacara pada Ahad itu, Biden menyatakan bahawa walaupun selepas Amerika Syarikat meninggalkan Afghanistan, pentadbirannya terus memburu mereka yang mendalangi serangan berkenaan.