00:00Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Kiat Hua Persendirian mengesahkan seorang guru lelaki berusia 34 tahun di sekolah itu
00:06ditahan polis susulan dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa pelajar.
00:12Menurut situsahanya, Ng Kok Wang, pihak sekolah menerima makluman berhubung penahanan guru terbabit daripada pihak polis
00:18pada Sabtu lalu susulan dua laporan polis oleh seorang pelajar dan seorang bekas pelajar sekolah itu.
00:23Katanya pihak sekolah memutuskan untuk menggantung tugas guru itu serta-merta selain melarangnya memasuki premis sekolah sehingga siasatan selesai.
00:33Ini bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap mana-mana pelajar.
00:37Pihak sekolah akan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak polis.
00:42Dan kita telah membuat memikirkan dan semua dokumen-dokumen FAFA yang terlibat telah diserahkan kepada pihak polis kemarin.
00:55Juga dari bahagian Kementerian Pelajaran, semua informasi FAFA yang terpenuh kita telah melaporkan ke dalam pihak Kementerian Pelajaran.
01:07Sementara itu, Kok Weng berkata pihak lembaga pengelola memberi jaminan sekolah akan memastikan aspek keselamatan fizikal dan mental
01:14diberikan kepada pelajar terlibat selain hak pelindungan privasi kepada mereka.
01:18Tambahnya pihak sekolah turut menganjurkan taklimat kepada pelajar dan staf terutamanya memabitkan nasihat untuk tidak menyebarkan berita yang tidak benar.
01:25Untuk rekod, suspek telah berkhidmat di sekolah terbabit sejak tahun 2016.