00:00Siapa sangka bungkusan yang kelihatan seperti biskut biasa rupa-rupanya mengandungi ganja.
00:06Taktik licik satu sindiket yang aktif menjual biskut ganja secara dalam talian akhirnya terbongkar
00:12selepas polis menahan 8 individu termasuk 2 wanita berusia 20 hingga 28 tahun dalam 2 serbuan minggu lalu.
00:22Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusli Muhammad Isa berkata berdasarkan risikan polis percaya sindiket itu aktif sejak setahun lalu
00:29dan memperoleh bekalan dadah dari Thailand.
00:31Modus operandi sindiket ini adalah dengan mendapatkan dadah secara online daripada negara jiran
00:39dan mengedarkannya semula kepada pelanggan juga secara online.
00:46Sindiket ini dipercaya telah pun mula aktif sejak setahun lepas.
00:52Dalam serbuan pertama di sebuah kondominium di Mon Kiara pada 16 April lalu,
00:56polis menahan 5 lelaki dan 2 wanita tempatan berusia antara 20 dan 31 tahun.
01:02Polis juga menemui 3 beg berisi ganja seberat 32 kg dan 2 kg biskut ganja di bilik tidur di premis berkenaan.
01:10Keesokan hari, polis menahan seorang lagi lelaki di hadapan sebuah residensi di Jalan Duta pada pukul 2.10 petang.
01:16Pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemui 1 kotak biskut ganja seberat 7 kg.
01:21Keseluruhan rampasan dengan nilai pasaran dianggarkan RM105,000.
01:26Ujian saringan air kencing mendapati 5 suspek positif ganja dengan 2 daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.
01:33Selain itu, kata Rusdi, operasi kedua pada Jumaat lalu melihat polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Kepung Baru
01:39dan berjaya menangkap seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun.
01:43Kesemua suspek direman sehingga Rabu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Danah Berbahaya 1952.