• 2 years ago
Tiga sindiket sekitar Lembah Klang tumpas rampas dadah RM16 juta

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis menumpaskan tiga sindiket pengedaran dadah yang beroperasi di Lembah Kelang dengan merampas 443.7 kilogram dadah pelbagai jenis yang bernilai lebih 16 juta ringgit.
00:12Antara modus operandi yang dikesan termasuk menjadikan dua buah kenderaan sebagai tempat penyimpanan syabu seberat 205 kilogram sebelum diedarkan ke pasaran.
00:22Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Ruzdi Muhammad Isa berkata selain menyembunyikan dadah dalam kereta, dua lagi sindiket dilihat menjadikan lot kedai di sebuah pusat beli belah dan unit kondominium sebagai tempat menyimpan dadah.
00:37Secara keseluruhannya, nilai rampasan bagi tiga kes ini bernilai 16.01 juta iaitu kes pertama 6.56 juta, kes yang kedua 7.07 juta dan kes yang ketiga 2.38 juta.
00:55Data yang dirampas ini jika digunakan, dianggalkan boleh menampung penggunaan 3.2 juta orang pada suatu masa.
01:06Katanya dalam ketiga-tiga serbuan itu, polis menahan reman 5 individu.

Recommended