• 2 years ago
Malaysia seru India, Pakisan berdiplomasi redakan ketegangan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia menyeru India dan Pakistan meredakan ketegangan dan kembali ke meja rundingan bagi mengelak sebarang krisis yang boleh menjejaskan kestabilan rantau Asia Selatan.
00:10Menerusi kenyataan Kementerian Luar Negeri pada Khamis, Malaysia menggesa kedua-dua pihak kekal bertenang supaya dapat mengaktifkan semula saluran komunikasi yang membina.
00:22Kenyataan itu berkata diplomasi kekal sebagai jalan terbaik untuk mengelakkan konflik yang lebih buruk.
00:27Malaysia menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan terhadap insiden serangan di Pahalgam pada 22 April lalu selaras dengan gesaan Perdana Menteri Dato' Syriana Ibrahim supaya semua pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
00:43Malaysia turut menzahirkan sokongan terhadap segala usaha ke arah meredakan ketegangan serta dialog yang bermakna antara India dan Pakistan demi keselamatan serantau.

Recommended