00:00Laporan berikutnya, seorang pemandu kenderaan pacuan 4 roda jenis Nissan Navara yang tular dalam insiden kemalangan dijatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Magistrat.
00:14Kemalangan itu menyebabkan kecederaan terhadap sepasang suami isteri di Lebu Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Duta.
00:20Tertuduh K. Darbaraju 32 tahun dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan yang dibacakan dihadapan Magistrat Khairuni Sahasni, Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 11 Mei lalu.
00:35Sebelum ini, media melaporkan kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa lelaki berusia 53 tahun retak tulang selangka dan luka pada buku lali,
00:45manakala istrinya berusia 49 tahun dan juga pembonci motosikal parah termasuk pendarahan di kepala, patah tulang rusuk dan buku lali.