00:00Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor 2030 sedang diperhalusi dan akan dilancarkan tahun ini bagi memperkasakan ekosistem halal negeri secara menyeluruh.
00:10Menteri Besar Johor Dato' On Hafiz Ghazi berkata pelan penting itu akan meletakkan Johor sebagai negeri pertama mempunyai kerangka pembangunan ekonomi halal secara menyeluruh.
00:19Pelan ini digubal bagi memperkasakan ekosistem halal Johor daripada mencipta lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, menghasilkan produk halal bertaraf global hingga membina rangkaian keusahawanan tempatan yang kompetitif.
00:34Tambahnya inisiatif utama pelaksanaan pelan itu ialah sasaran mendaftarkan 500 syarikat halal setiap tahun, mempercepat proses pensijilan dan menawarkan insentif menyeluruh kepada syarikat serta usahawan tempatan agar mampu menembusi pasaran lebih luas.
00:49Dalam pada itu, Kerajaan Negeri bersama PIJ Holding Sendiran Berhad, PIJ Halal Ventures, Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor akan terus memperkukuh kerjasama.
01:01Ini bagi menyokong syarikat yang telah berjaya agar dapat berkembang ke peringkat lebih tinggi melalui sokongan pelaburan serta pengembangan pasaran.