00:00Thailand telah mengemukakan sebuah cadangan perdagangan kepada Amerika Syarikat minggu lalu.
00:05Perdana Menteri Petontan Sinawat pada selasa berkata, cadangan tersebut adalah sebagai sebahagian usaha kerajaan memulakan rundingan bagi mengurangkan tarif tinggi yang dikenakan oleh negara Uncle Sam itu.
00:17Setakat ini, Thailand sedang menunggu masa yang sesuai untuk mengatur pertemuan bilateral tersebut.
00:22Thailand merupakan antara negara Asia Tenggara yang terkesan akibat tarif yang dilaksanakan oleh Donald Trump iaitu sebanyak 36% tarif ke atas ekspor Thailand.
00:32Kerajaan Thailand berkata ia bersedia untuk meningkatkan import barangan dari Amerika Syarikat antaranya seperti jagung, minyak mentah, gas asli cecair LNG bagi mengurangkan lebihan dagangan dua hala dengan Washington.
00:44Thailand juga menyatakan komitmen untuk menggalakkan lebih banyak pelaburan Thai di Amerika Syarikat serta membanteras dakwaan palsu berkaitan asal-usul produk yang menggunakan Thailand sebagai laluan penghantaran ke pasaran Amerika Syarikat.
00:58Amerika Syarikat merupakan pasaran ekspor terbesar Thailand tahun lalu dengan jumlah penghantaran bernilai 55 bilion dolar.
01:05Washington meletakkan nilai defisit perdagangan dengan Thailand pada 45.6 bilion dolar.