00:00Malaysia wajar memanfaatkan Kepengerusian ASEAN 2025 untuk mengembangkan pasaran produk halal sekaligus menembusi pasaran rantau itu yang mempunyai lebih 600 juta penduduk.
00:11Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi berkata, meskipun produk halal dari Indonesia dan Thailand dipasarkan di Malaysia, namun barangan serupa negara ini tidak dapat memasuki pasaran ASEAN kerana usaha pemasaran yang dilakukan masih belum mencukupi.
00:26Jelasnya, 600 juta merupakan satu pasaran yang realitinya besar untuk produk-produk halal Malaysia dipasarkan.
00:34Maka, perbandanan pembangunan pendagangan luar Madrid berperanan besar dalam menyebarluaskan pasaran dalam kalangan negara ASEAN.
00:41Justru Ahmad Zaid yang juga pengurusi Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia mencadangkan pendubuhan Majlis Halal ASEAN selain penganjuran forum Halal ASEAN pada September ini.
00:50Beliau berkata, pameran halal antarabangsa Malaysia MIHAS juga akan mempamerkan produk halal dengan menjemput pemain industri ASEAN bagi mengadakan padanan pendagangan dengan bakal pengimport.
01:02Ahmad Zaid berkata, Malaysia juga mengadakan satu usaha sama agar gelatin halal yang setakat ini hanya mempunyai satu pengeluar di Malaysia dikembangkan bagi pasaran ASEAN dan antarabangsa kerana gelatin sedia ada tidak mempunyai piawayan yang sesuai untuk mengeluarkan produk halal lain.
01:17Ujarnya Malaysia mempunyai ekosistem halal yang komprehensif, berangkomi persenjilan halal yang diiktiraf oleh 92 badan persenjilan halal luar negara dari 48 negara.
01:27Malaysia menerajui industri halal dunia dengan nilai ekspor mencecah RM61.79 bilion pada 2024, peningkatan 15% berbanding 2023 dan mengekalkan kedudukan di tangga teratas dalam Indeks Ekonomi Islam Global selama 10 tahun berturut-turut.