Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dan Presiden PBRS Datuk Arthur Joseph Kurup dalam kenyataan bersama, menyatakan aspirasi tempatan tersebut penting kepada gabungan besar politik menghadapi pilihanraya negeri tanpa menjejaskan kestabilan politik dan keharmonian rakyat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelaksanaan projek lemurai Pen Bonio di Sabah mengalami kelewatan kerana cabaran besar dalam proses pengambilan tanah milik persendirian.
00:08Mendedahkan perkara itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Natalinggi berkata,
00:12jajaran laluan Pen Bonio di Sabah membabitkan banyak tanah yang sudah dibangunkan.
00:17Ini mengakibatkan terdapat cabaran dalam mencapai persetujuan nilai pampasan dengan pemilik tanah.
00:23Memang itu adalah cabaran besar, di Sabah cabaran besar sebab jajaran itu tak semacam kita buat Pen Bonio di Sarawak dulu,
00:37jajaran kita agak kurang mencapai tanah persendirian atau tanah individu, tanah orang, tanah kerajaan.
00:47Lagi mudah proses pengambilan tanah di Sarawak.
00:50Tapi di Sabah, jajaran yang ditetap kali ini, ia lebih mengintasi tanah individu, tanah terbangun.
01:00Ada bangunannya, ada macam-macam, sudah ada aset di tanah itu.
01:05Jadi perlu dirubuh dan sebagainya.
01:08So pengambilan itu agak kos yang tinggi lah, mencabar dan kos tinggi.
01:13Setakat April 2025, hanya 4 daripada 16 pakej FASA 1A Pan Borneo Sabah telah siap dengan bagi 12 pakej sedang dibina dengan status kemajuan 81.7%.
01:27Pemunia 1B, dia masih di peringkat awal.
01:31Jadi syarikat-syarikat yang diberi tawaran SST yang sekarang mampu untuk menyediakan tapak sebagai base camp mereka dan sebagainya.
01:42Sebab ia tadilah cabaran pengambilan tanah itu sangat-sangatlah ketara.
01:48Jadi apabila JTU, Jabatan Tanah dan Ukur itu agak ada berpanding dengan cabaran besar,
02:00jadi maka jalan tak dapat kita bina lah sebab pengambilan tanah itu belum selesai.
02:06Jajaran Pan Borneo Sabah membabitkan kerja pembinaan lebuh raya sepanjang 706 km bagi FASA 1A dan 370 km bagi FASA 1B.
02:18Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu APKO dan Parti Bersatu Rakyat Sabah PBRS mahu aspirasi tempatan jadi asas perundingan gabungan politik di negeri itu.
02:31Dalam satu kenyataan bersama, Presiden APKO, Datuk Iwan Benedict dan Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurut berkata,
02:38dua parti itu yang menganggotai gabungan politik kebangsaan ketika ini merupakan jambatan Sabah di Putrajaya.
02:43Jelas kenyataan itu, kedua-dua parti telah menjalankan peranan penting memperjuangkan isu Sabah di peringkat persekutuan termasuk melalui platform gabungan politik dan kabinet.
02:52Usia itu telah menunjukkan hasil positif dengan sembilan tuntutan di bawah perjanjian Malaysia 1963-MA63 diselesaikan oleh Kerajaan Medani.
03:03Kedua-dua parti turut bertekad untuk terus memperjuangkan tuntutan MA63 yang masih belum selesai termasuk memastikan Sabah menjadi keutamaan dalam rancangan Malaysia ke-13 nanti.
03:13APKO dan PBRS menyatakan komitmen untuk terus menyumbang kepada perpaduan rakyat Sabah dan dalam masa yang sama memperkukuhkan Kesatuan Rakyat Malaysia.
03:23Mereka juga menegaskan bahawa perjuangan Sabah First memerlukan kerjasama semua parti politik di negeri itu melalui hubungan baik di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri secara perundingan yang bijaksana, bukannya secara konfrontasi.

Recommended