00:00Beri bersama kembali, lawatan rasmi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke Asia Barat bermula hari ini.
00:05Ia bermula dengan Arab Saudi yang menyaksikan ketibaan Trump pada pukul 9.50 pagi waktu tempatan atau 2.50 petang waktu Malaysia.
00:14Luqman Haris ada perkembangan lanjut dari Riyad.
00:20Terima kasih, Isan. Di Bukit Jalil, hari pertama, lawatan rasmi Presiden Donald Trump ke Arab Saudi
00:26di mana beliau seperti yang dikongsi sebentar tadi, tiba di lapangan terbang antarabangsa di Riyadh ini pagi tadi waktu Saudi, kira-kira jam 9 pagi
00:33dan disambut sendiri oleh putera mahkota Arab Saudi, Muhammad bin Salman di lapangan terbang.
00:38Satu perkara yang sebenarnya agak jarang berlaku, walau siapapun pemimpin dunia yang tiba di Arab Saudi ini
00:44menandakan hubungan akrab antara kedua-dua negara ini dan pelbagai perkara yang mereka jangkakan daripada satu sama lain.
00:50Buat masa sekarang ini tidak banyak yang dikongsikan bersama dengan para wartawan.
00:54kita ada kira-kira 300 wartawan dari seluruh dunia untuk membuat liputan di sini
00:59dan dikatakan jadual Presiden Trump pada hari pertama ini kurang padat.
01:04Apa yang kita tahu adalah beliau mengadakan perbincangan bersama dengan MBS, Muhammad bin Salman
01:08berkenaan dengan pelbagai isu, belum lagi dikongsikan perincian dengan apa yang mereka bincangkan
01:13dan Trump juga mengadap Raja Arab Saudi, Raja Salman untuk membincangkan beberapa perkara.
01:20Tidak ada perincian seperti yang saya sebut sebentar tadi, tetapi seperti yang kita kongsikan sejak beberapa hari lepas,
01:25beberapa isu dijangka mendominasi perbincangan antara kedua-dua negara ini
01:28termasuk konflik di Gaza, keadaan geopolitik global sekarang yang agak tidak menentu
01:33dan yang dijangka menjadi prioriti utama adalah perjanjian-perjanjian baru melibatkan pelaburan
01:38dan juga kerjasama serta integrasi ekonomi.
01:41Dan Trump dikatakan menjadikan keutamaan untuk menarik lebih banyak pelaburan daripada Arab Saudi
01:46dan negara-negara teluk lain yang terlibat sepanjang dua hari ini iaitu Qatar dan juga Emirah Arab Bersatu.
01:51Sebelum ini Arab Saudi sudah pun berikrar untuk melabur $600 bilion Amerika ke Amerika Syarikat
01:58dalam tempoh empat tahun akan datang.
02:00Ini selepas negara itu membeli senjata buatan Amerika bernilai $3.5 bilion.
02:06Dan Qatar juga sejurus sebelum Trump tiba di Arab Saudi ini mengumumkan
02:10ia juga berikrar untuk membeli senjata buatan Amerika Syarikat bernilai sehingga $1.4 bilion.
02:16Jadi walaupun banyak tumpuan dijangka akan terfokus ke arah isu-isu geopolitik
02:22yang melibatkan konflik di Gaza, Israel, ketegangan serantau melibatkan Iran, Yemen dan sebagainya.
02:28Tetapi nampaknya isu ekonomi dan perjanjian perdagangan baru mendominasi agenda Trump
02:34kerana kita lihat seperti yang anda dapat lihat di belakang saya ini
02:36kita dapat sedikit short ataupun siaran langsung
02:40daripada forum pelaburan Saudi Arabia atau Arab Saudi
02:44di mana Trump juga membawa bersama dengan beliau
02:46tokoh-tokoh perniagaan Amerika termasuk Elon Musk, pengasas Tesla
02:50dan juga dikatakan ketua pengawet eksekutif beberapa syarikat terkemuka
02:55Amerika Syarikat termasuk syarikat-syarikat pengeluar senjata.
02:59Jadi kita fahamkan esok Trump juga akan terus berada di sini
03:03sebelum meneruskan kunjungan ke negara-negara jiran seperti Qatar dan juga Emirah Arab Bersatu
03:08sudah tentu kita akan terus mendapatkan dan memberikan maklumat terperinci kepada anda
03:12dari semasa ke semasa walaupun tidak banyak lagi dikongsi setakat ini
03:16atas faktor keselamatan dan sebagainya
03:17tapi setiap biasa semuanya anda boleh dapati di astroawani.com
03:21di saluran 501 ini dan juga di semua platform media sosial dan juga digital kami
03:27kita kembali dulu ke Ehsan di Bukit Jalan
03:29Terima kasih Luqman atas laporan itu