00:00Baik kembali dalam Sinar Awani, tapak budaya terkemuka Itali menarik lebih daripada 60 juta pelawat berbayar pada 2024, melebihi jumlah penduduk negara itu buat kali pertama.
00:12Dan ini menyaksikan pelancong dari dalam dan juga luar Itali menyumbang lebih daripada 382 juta euro kepada pendapatan negara Itali dengan kolizium sahaja menjana lebih 100 juta euro.
00:25Itali mempunyai kira-kira 59 juta penduduk dan menempatkan lebih daripada 400 muzium yang dikendalikan oleh kerajaan.
00:36Kolizium purba di Rom menjadi tarikan paling ramai dikunjungi dengan 14.7 juta pemegang tiket diikuti oleh Galeri Uffizi di Florence dengan 5.3 juta dan tapak arkeologi Pompei dengan 4.3 juta pelawat.
00:52Jumlah pelawat meningkat sebanyak 2 juta berbanding tahun sebelumnya manakala hasil pendapatan bertambah sebanyak 68 juta euro sebahagiannya disebabkan oleh kenaikan harga tiket.
01:03Tidak termasuk dalam angka ini ialah muzium Vatican tempat terletaknya gereja Sistine menyaksikan Pope Leo ke-14 baru-baru ini dipilih dan merupakan sebahagian daripada negara merdeka Vatican City.
01:16Dengan lebih 6 juta pelawat setiap tahun, muzium Vatican di Ramal menduduki tempat kedua paling ramai dikunjungi jika dimasukkan dalam senarai tarikan Itali.