Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Tiada sebarang kecuaian berlaku dalam kemalangan sebuah lori kontena melanggar mati seekor anak gajah jantan di Kilometer 80 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada Ahad lepas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tiada sebarang kecuaian berlaku dalam kemalangan sebuah lori kontena melanggar mati seekor anak gajah jantan di kilometer 80 jalan raya timur barat JRTB Greek Jelly pada ahad lepas.
00:13Ketua Polis Teraa Greek, Superintenden Zulkifli Mahmud berkata, siasatan awal mendapati keadaan di kawasan tersebut berkabus kerana kejadian berlaku pada 2.50 pagi.
00:23Memetik bernama, beliau berkata keadaan di sekitar jalan itu juga tiada pencahayaan lampu jalan.
00:28Sebelum ini, Zulkifli dilaporkan berkata, anak gajah itu dilanggar lori kontena membawa muatan ayam selepas pemandunya berusia 28 tahun tidak sempat mengelak haiwan tersebut yang melintas secara tiba-tiba.
00:42Kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman video yang memaparkan seekor ibu gajah cuba mengalihkan lori yang merempuh anaknya dan tidak berganjak dari lokasi kemalangan lebih 5 jam.
00:58Terima kasih.

Recommended