00:00Setiusu politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Kamil Abdul Munim menggesa semua pihak agar tidak mengeksploitasi laporan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO bahawa Rusia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014.
00:17Katanya kenyataan daripada Kerajaan Belanda dan Australia mengenai perkara itu secara kebetulan dikeluarkan malam Isnin sejurus sebelum lawatan rasmi Perdana Menteri ke Rusia pada selasa yang sudah lama dirancang.
00:31Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadli Syari yang mahukan Perdana Menteri tidak mendiamkan diri berhubung isu itu ketika kunjungannya ke Rusia.
00:40Tegas Kamil mempolitikkan tragedi MH17 adalah tingkat paling bawah untuk mengaut laba politik murahan apatah lagi ketika Malaysia terus mendukung segala usaha bagi menegakkan keadilan buat mangsa dan waris tragedi MH17.
00:56Tambahnya lagi kunjungan rasmi ke Rusia ini pasti akan membuahkan hasil yang memberi manfaat kepada negara dan rakyat sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara yang tegas, bermaruah dan berwibawa.