00:00Tentera Israel melancarkan serangan terbaru pada Isnin ke atas sebuah hospital di selatan Gaza
00:05yang mengorbankan dua individu termasuk seorang wartawan dan mencederakan beberapa yang lain
00:10serta mencetuskan kebakaran bangunan.
00:12Serangan itu berlaku hanya beberapa hari selepas kemudahan tersebut dipenuhi mangsa terkorban dan cedera
00:18akibat gelombang serangan udara Israel yang menyambung semula kempen ketenteraan minggu lalu.
00:30Menerusi satu hantaran di Telegram, rejim Zionis mendakwa kumpulan penjuang Hamas beroperasi
00:57di kawasan Hospital Nasir di Khan Yunis sambil menuduh kumpulan itu menyembunyikan operasi di kawasan padat penduduk.
01:05Sepanjang konflik, Hospital Nasir sudah beberapa kali mengalami kerosakan akibat serangan dan serbuan tentera Israel
01:12menjadikan antara kemudahan kesihatan paling terjejas di Gaza.
01:15Kementerian Kesihatan di Gaza yang ditakbir Hamas pada Isnin memaklumkan sekurang-kurangnya 2,749 orang terbunuh
01:22sejak Israel melancarkan semula kempen ketenteraannya.
01:25Ini menjadi jumlah keseluruhan korban sejak peperangan bermula mencecah 52,862 orang.