00:00Sebanyak 25% pekerjaan di seluruh dunia berpotensi terdedah kepada ancaman kecerdasan buatan generatif gen AI dengan pekerjaan pengkeranian dan yang melibatkan bidang digital menghadapi risiko tertinggi.
00:14Kenyataan itu berdasarkan laporan bertajuk Generatif AI and Jobs Refund Global Index of Occupational Exposure oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa ILO dan Institut Penyelidikan Kebangsaan Poland pada sasa.
00:30Laporan itu dianggap penyelidik sebagai penilaian global paling terperinci setakat ini mengenai bagaimana gen AI mungkin membentuk semula pasaran buruh.
00:39Kajian itu mendapati transformasi pekerjaan lebih berkemungkinan berlaku hasil integrasi AI di tempat kerja berbanding pegantian pekerjaan secara besar-besaran.
00:48Menurut penyelidik kanan ILO merangkap pengarang utama laporan itu, Powell Jim Rack pihaknya melangkaui teori dengan membina alat berasaskan pekerjaan sebenar.
00:57Katanya dengan menggabungkan pandangan manusia, simakan pakar dan model gen AI pihaknya telah mencipta kaedah yang boleh digunapakai semula bagi membantu negara menilai risiko dan bertindak balas dengan tepat.
01:10Menurut kajian itu, kadar penyelidikan global kepada gen AI adalah sebanyak 25% namun meningkat kepada 34% di negara berpendapatan tinggi, susulan integrasi digital yang lebih luas.
01:22Pekerjaan pengkaranian menghadapi risiko tertinggi kerana gen AI secara teorinya boleh mengautomasikan pelbagai tugas pentadbiran dan kemasukan data.
01:32Pekerjaan lain yang turut terdedah ialah bidang kognitif seperti media, pembangunan perisian dan keuangan.
01:38Laporan itu turut memperkenalkan indeks pendedahan pekerjaan berdasarkan hampir 30,000 tugas pekerjaan yang disemak silang menggunakan skor AI.
01:48Dapatan juga menunjukkan jurang jantina yang ketara.
01:51Di negara berpendapatan tinggi, 9.6% wanita bekerja dalam pekerjaan yang berisiko tinggi untuk diautomasikan berbanding hanya 3.5% lelaki.
02:02Walaupun mengakui bahawa gen AI boleh meningkatkan produktiviti, laporan itu mengingatkan bahawa kesannya akan bergantung kepada kadar penerimaan, infrastruktur negara dan tahap kemahiran digital pekerja.
02:14Terima kasih telah menonton!