• 1 year ago
Tabung Haji tiada masalah larangan jemaah haji berjalan kaki. TH patikan tiada jemaah yang tertinggal untuk menunaikkan Rukun Haji.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tabung haji pastikan tiada jemaah haji yang tertinggal ketika pergerakan ke Masyair iaitu Arafah, Muzalifah dan Mina.
00:08Ini selepas kerajaan Arab Saudi untuk pertama kali melarang semua jemaah berjalan kaki bagi mengelak kejadian strok haba sehingga berlaku kematian seperti tahun lepas.
00:19Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Dato' Muhammad Naim Mokhtar berkata, Kementerian Pengangkutan Arab Saudi beri komitmen menyediakan jumlah pengangkutan awam yang mencukupi.
00:31Katanya komitmen itu berdasarkan jumlah haji sebenar selepas mewajibkan setiap jemaah memiliki kad nusuk.
00:37Saya ingat bila mana dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Arab Saudi yang disebut sebagai la hajjabila tasrih, tak boleh buat haji kalau tak ada permit.
00:54Akibat daripada itu saya ingat jutaan yang mereka yang cuba untuk masuk ke Tanah Suci ini telah dapat dihalang.
01:03Jadi maknanya jumlah yang berada, jumlah-jumlah haji yang berada di Tanah Suci ini adalah mereka-mereka yang ada permit yang sah dan jumlah dia tak seperti macam tahun-tahun, tahun lepas.
01:16Jadi dalam kawalan.
01:19Ketika ditanya jika ada jumlah haji Malaysia gagal menaiki pengangkutan awam, beliau berkata tabung haji juga memiliki pengangkutan sendiri yang sedia memberikan perkhidmatan.
01:29Beliau berkata demikian selepas pelancaran kempen kebersihan Masya'i di Hotel Abraj Al-Taisi di Mekah.
01:36Kempen ini dimulakan sejak tahun 2017 mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi selepas mendapati kebersihan di Kemah Malaysia selepas musim haji.
01:46Rombongan haji Malaysia memulakan pergerakan ke Arafah pada Rabu ini.
01:50kepada ketua-tua-tua abadikan momen ini.

Recommended