• 1 year ago
Dua beradik berumur 15 dan 13 tahun ditemukan lemas ketika mandi di pantai Pulau Mentigi di Mersing, Johor petang Isnin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua beradik berumur 15 dan 13 tahun ditemukan lemas ketika mandi di pantai pulau Mentigi di Mersing, Johor petang Isnin.
00:11Pengarah Zon Maritim Mersing, Komandan Maritim Suhaizan Saadin berkata mangsa yang meninggal dunia ialah Nur Awatif Udaima Muhammad Hisam dan adiknya Ahmad Uwais Al-Karni.
00:22Katanya pihaknya menyerima maklumat daripada Maritime Rescue Subcenter MRSC, Johor untuk mengaktifkan operasi cari lamat pada 4.25 petang sebelum bot perkasa 44 diatur gerak ke lokasi kejadian.
00:38Mangsa pertama Nur Awatif Udaima ditemukan di lokasi mangsa lemas oleh komuniti tempatan pada pukul 4.30 petang.
00:45Bot perkasa 44 serta komuniti pulau kemudian meluaskan sektor pencarian dan menemukan Ahmad Uwais Al-Karni hasil pencarian menyelam oleh komuniti pulau pada pukul 6.30 petang.
00:58Suhaizan berkata, difahamkan keluarga mangsa pulang bercuti di kampung mereka di Pulau Tinggi dan jarak dari pantai Mentigi ke Kuala Mersing, kira-kira 19.17 Batu Nautika.
01:09Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razal Abdul Hassani memaklumkan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke hospital Mersing untuk proses bedah siasat.
01:19Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
01:21Terima kasih kerana menonton!

Recommended