• 1 year ago
Seorang jemaah haji Malaysia, Zurina Mat Hussin, Maktab 85 dari Terengganu, berjaya diselamatkan susulan serangan jantung oleh pasukan perubatan Arab Saudi.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Zurina, mengalami serangan jantung ketika menunaikan ibadah haji.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik, kita beralih pula ke laporan haji seorang jemaah haji Malaysia, Zurina Madhusin, Maktab 85 dari Terengganu, berjaya diselamatkan susulan serangan jantung oleh pasukan perubatan Arab Saudi.
00:15Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Zurina mengalami serangan jantung ketika menunaikan ibadah haji.
00:22Beliau mendapat rawatan jantung di King Abdullah Medical City di Mekah. Selepas prosedur rawatan, Zurina didaftarkan dalam program pemantauan kesihatan jarak jauh Kerajaan Arab Saudi yang dikendalikan Hospital Maya Seha.
00:36Keadaannya kini dipantau secara berterusan menggunakan peranti pintar pemantauan jantung. Selepas menerima rawatan, Zurina dapat meneruskan ibadah haji dengan selamat, sementara kesihatannya terus dipantau secara jarak jauh.
00:50Menurut kenyataan itu lagi, kes ini mencerminkan keupayaan perubatan maju Arab Saudi serta komitmennya yang teguh dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua jemaah haji.

Recommended