00:00Selain itu, di China, negara itu kekal komited mempergiat usaha melindungi dan memulihkan ekosistem pantai yang dilihat semakin terancam.
00:09Hutan bakau dan terumbu karang, dua kazanah alam yang menjadi tunjang kepada kelestarian biodiversiti marin dunia.
00:17Di saat dunia bergelut memulihkan alam yang semakin terancam, negara itu tampil dengan komitmen jelas.
00:24Iaitu memperkukuh benteng semula jadi yang bukan sahaja melindungi pantai, tetapi menjadi rumah kepada ribuan spesies hidupan laut.
00:35Di Hainan, Rizab Semula Jadi Nasional Dongzaigang telah menanam lebih 130 hektare bakau sebagai sebahagian usaha pemulihan intensif.
00:44Untuk tahun ini, Hainan menyasarkan menambah 2,000 hektare kawasan bakau baru selain membangunkan mekanisme pampasan ekologi bagi menggalakkan perlibatan orang ramai dalam usaha pemuliharaan.
00:55Manakala di wilayah Fujian, usaha melindungi terumbu karang diperhebatkan lagi.
01:14Sekumpulan penelidik dari Institut Oseanografi ketiga di bawah Kementerian Sumber Asli telah melancarkan projek pemulihan terumbu karang secara sistematik yang pertama di perairan Dongshan.
01:25Projek itu menggunakan teknik gabungan pembiakan aseksual dan pemindahan serpihan karang ke terumbu semula jadi atau buatan.
01:32Projek ini turut merangkumi penyelenggaraan berkala dan pemantauan kesihatan karang selain menilai kesan terhadap pemulihan terumbu.
01:55Langkah bersepadu ini mencerminkan komitmen China dalam konservasi marin merangkumi pelindungan habitat dan pemulihan aktif bagi meningkatkan ketahanan pantai serta biodiversiti jangka panjang.