00:00Pelaksanaan Pelan Insurans Perubatan Asas, Medi Asas, yang dirangka bagi menyediakan pelindungan kesihatan lebih mampu milik, berisiko meminggirkan golongan warga
00:11emas dan pesakit kronik, susulan penggunaan mekanism penetapan premium berdasarkan profil risiko individu.
00:18Profesor Ekonomi dan Polisi Kesihatan IMU Universiti, Profesor Datuk Dr. Syed Muhammad Al-Junid berkata, pendekatan itu menyebabkan golongan yang
00:26lebih memerlukan pelindungan kesihatan, terpaksa berdepan dengan premium yang lebih tinggi atau batasan tuntutan bagi penyakit tertentu.
00:36Medi Asas ini mendiskriminasikan pertama golongan tua, yang kedua mendiskriminasikan juga mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik.
00:45Sebenarnya, kita agak heran kenapa Bank Negara masih lagi memberikan sokongan kepada insurans kesihatan suata, melaksanakan risk rating ini padahal
00:59risk rating ini tidak lagi dibenarkan sebagai praktis terbaik insurans suata dikepanyakan negara-negara Eropah termasuk Australia sekali.
01:08Presiden Persatuan Ekonomi Kesihatan Malaysia itu turut mencadangkan penggunaan pendekatan penarafan berdasarkan komuniti berbanding penarafan berdasarkan risiko bagi mengelakkan penetapan
01:20premium berdasarkan usia dan keadaan kesihatan individu.
01:24Senada dengan beliau, Ketua Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Muhammad Khalid berkata,
01:32Medi Asas perlu menjawab persoalan mengenai perlindungan kesihatan bagi golongan berusia 60 tahun ke atas.
01:39Dan di sini saya kecewa kerana Medi Asas ini tidak menjawab soalan bagaimana untuk melindungi mereka yang di kalangan lebih
01:48daripada 60 tahun.
01:49Kerana di sini, kalau insurans biasa, apabila anda hit 60 tahun itu, insurans anda akan menaik secara pentadab.
01:58Dan beberapa hari ini, kenaikan insurans premium yang berlaku sebenarnya tidak digambarkan dengan seluasnya peningkatan itu sehingga 200% peningkatan
02:12premium pun telah dialami oleh mereka yang berumur 60-65 tahun dan sebagainya.
02:19Dan soalnya ialah bagaimana Medi Asas akan membantu mereka dan jawapan tidak diberikan sebenarnya.
02:26Pandangan berkenaan dikongsikan dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
02:32Medi Asas yang dijaduakan dilancarkan pada Januari 2027 menawarkan perlindungan insurans dan takaful perubatan secara sukarela dengan had umur pernyataan
02:41sehingga 70 tahun dan perlindungan sehingga usia 85 tahun.