SPRM Sarawak membuka lima bilik gerakan di Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan Limbang sepanjang tempoh PRN Sarawak ke-13.


#PRNSarawak #SarawakMemilih
Transcript
00:00Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM Sarawak membuka 5 bilik gerakan sempana pilihan raya negeri Sarawak ke-13.
00:07Bilik gerakan itu membolehkan orang ramai, menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan rasuah serta salah guna kuasa sepanjang tempoh pilihan raya.
00:18Kesemua bilik gerakan akan beroperasi 24 jam bermula hari ini hingga hari pengundian pada 12 Disember.
00:24Bilik gerakan berkenaan dibuka di Pejabat SPRM Sarawak di Kuching serta cawangannya di Sibu, Miri, Bintulu dan Limbang.
00:32Orang ramai boleh menyalurkan aduan menerusi email aduan.prnsarawak at sprm.gov.my.
00:39Aduan juga boleh disalurkan menerusi talian hotline 011 6070 0794 atau menghubungi bilik gerakan berkaitan.
00:49SPRM memberi jaminan setiap maklumat yang diterima akan diteriti dan diambil tindakan secara profesional, telus dan mengikut undang-undang.
00:58Calon dan parti politik yang bertanding turut diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan yang melanggar Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan
01:06Pilihan Raya 1954.

Recommended