00:00Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez yang juga pemimpin parti sosialis menutup kempen pilihan rayanya pada Jumaat dengan menyuruh pengundi supaya
00:08keluar mengundi secara beramai-ramai demi mempertahankan hak sosial dan menghalang pembentukan kerajaan yang melibatkan parti berhaluan kanan jauh.
00:17Berucap di hadapan ribuan penyokong yang memenuhi sebuah stadium di selatan Madrid, Sanchez mengkritik parti-parti blok kanan yang menurutnya
00:26lebih menumpukan kempen kepada serangan terhadap Sanchez yang jahat berbanding menangani kebimbangan rakyat.
01:00Para penyokong pula berpendapat mobilisasi besar-besaran pengundi amat penting untuk mastikan kerajaan progresif diberi mandat bagi penggal seterusnya.
01:09Sanchez sebelum ini optimis akan memperoleh majoriti berharuan kiri dalam pilihan rakyat umum mengejut itu meskipun tinjauan pendapat awam tidak
01:17memihak kepadanya.
01:19Bagaimanapun, hampir semua tinjauan yang diterbitkan sebelum larangan penyarang kajian pendapat berkuat kuasa menunjukkan kelebihan jelas kepada potensi gabungan antara
01:27parti rakyat PP yang konservatif dan parti kanan jauh Vox yang berusaha menyingkirkan Sanchez selepas 8 tahun memegang kuasa.
01:36Rakyat Spanyol kini memasuki hari bertenang iaitu sehari sebelum pengundian berlangsung.
01:41Sepanjang tempoh tersebut, sebarang aktiviti kempen, perhimpunan politik dan periklanan pilihan raya adalah dilarang bagi memberi ruang kepada pengundi mempertimbangkan
01:51pilihan mereka sebelum keluar mengundi.