Penamaan calon PRN Sarawak ke-13 berlangsung hari ini di 82 lokasi seluruh negeri. GPS mempertahankan semua kerusi, manakala DAP menjadi satu-satunya parti PH yang bertanding.

#PRNSarawak #SarawakMemilih
Transcript
00:02Berlanggang pilihan raya negeri PRN Sarawak ke-13 secara rasmi dibuka hari ini dengan proses penamaan calon berlangsung serentak di
00:0982 pusat penamaan calon PPC bagi merebut 82 kerusi Dewan Undangan Negeri Dun di seluruh Bumi Kenyalang.
00:17Proses penyerahan kertas penamaan calon dijaduakan berlangsung selama sejam bermula 9 pagi hingga 10 pagi sebelum pegawai pengurus pilihan raya
00:25mengumumkan senarai rasmi calon yang layak bertanding menandakan bermulanya tempoh berkempen selama 14 hari menjelang hari pengundian pada 12 Disember
00:35ini.
00:36Gabungan Parti Sarawak GPS yang diterajui oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan bertanding di kesemua 82
00:45kerusi Dun dalam misi mempertahankan mandat besar yang dimenangi pada PRN ke-12.
00:50GPS merangkumi Parti Pesaka Bumi Putera Bersatu PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak SUPP, Parti Rakyat Sarawak PRS dan Parti Demokratik
01:00Progresif PDP dengan mempertaruhkan gabungan penyandang serta 11 muka baru.
01:05Ketika GPS bersedia mempertahankan mandat besarnya dengan gabungan pemimpin berpengalaman dan generasi pelapis, beberapa parti politik nasional mengumumkan tidak bertanding.
01:15Manakala Parti Pembangkang yang meneruskan saingan kali ini kelihatan selektif dalam menentukan kerusi yang menjadi sasaran.
01:21Keputusan itu menyusul selepas beberapa parti lain iaitu Parti Keadilan Rakyat PKR, Amanah, Barisan Nasional BN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia
01:29Bersatu, PAS serta Parti Wawasan Negara
01:32mengesahkan tidak meletakkan calon pada PRN kali ini atas pertimbangan politik dan usaha memelihara kestabilan negeri.
01:40DAP pula mengesahkan bakar bertanding di 12 kerusi dun setakat Khamis, sekaligus menjadikannya satu-satunya komponen Pakatan Harapan PH
01:48serta parti politik berpengkalan di Semanjung Malaysia yang menyertai PRN Sarawak kali ini.
01:53Selain GPS dan DAP, landscape saingan turut dijangka diwarnai penyertaan parti tempatan lain
01:59antaranya Parti Bangsa Dayak Sarawak PBDS, Parti Bumi Kenyalang PBK dan Parti Bangsa Malaysia PBM
02:07selain kemungkinan kemunculan calon bebas di beberapa kawasan.
02:10Selain percaturan politik, keadaan geografi Sarawak yang luas serta cuaca tidak menentu
02:15turut menuntut kesiapsiagaan logistik daripada jendera parti dan petugas pilihan raya.
02:20Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, MED Malaysia, keadaan cuaca di Sarawak bagi Sabtu ini
02:26dijangka hujan di beberapa tempat pada sebelah pagi, sekaligus menjadi antara faktor yang perlu diberi perhatian
02:32oleh jendera parti dan petugas suruhan jaya pilihan raya SPR bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon.
02:38Pada PRN Sarawak yang lepas, GPS mencatatkan kemenangan besar apabila memenangi 76 daripada 82 kerusi don
02:45yang dipertandingkan, manakala Parti Sarawak Bersatu PSB meraih 4 kerusi dan DAP memenangi 2 kerusi.
02:53SPR menetapkan pengundian awal pada 8 Disember dan hari pengundian pada 12 Disember.

Recommended