• 6 minutes ago
Kerajaan mahu budaya bersukan dan aktiviti fizikal dijadikan sebahagian daripada kehidupan rakyat, bukan sekadar aktiviti bermusim, bagi membina masyarakat yang lebih sihat selain memperkukuh perpaduan nasional.
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Hari Sukan Negara bukan sekadar platform meraihkan pencapaian atlet, sebaliknya menjadi medium menyatukan
00:08rakyat serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
00:12Beliau berkata penglibatan menyeluruh rakyat dalam aktiviti sukan penting bagi membentuk masyarakat yang sihat dari segi fizikal, mental dan moral
00:21sekaligus menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih maju dan bertamadun.
00:27Hadir, sukarelawan dan sokongan majoriti anak muda Malaysia ini.
00:38Bila saya sebut anak muda, ini yang harus anak-anak ingat.
00:42Anak muda ini, anak muda Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan ini anak-anak kita yang mesti kita ikat sebagai satu
00:52kekuatan. Boleh?
00:55Nak jayakan sukan, bukan kita tanya, kaum mana, daerah mana, agama apa, kita bicara dia anak Malaysia.
01:06Kita bawa sukan-sukan antarabangsa, anak-anak muda, kita himpen, bekerjasama, semua kaum ada.
01:14Apa kita kata, kecebernangan ini kaum Melayu atau Cina atau India atau Iban, Kadazan, kita kata ini kejayaan anak.
01:25Anak!
01:28Selain itu jelasnya, kesedaran terhadap kepentingan kesihatan perlu dipertingkatkan memandangkan Malaysia berdepan cabaran penyakit tidak berjangkit termasuk diabetes dan obesiti
01:37yang boleh memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat serta meningkatkan kos rawatan.
01:42Justeru Anwar menggesa aktiviti sukan dan senaman terus diperkasa termasuk dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda bagi membentuk gaya
01:50hidup aktif.
01:50Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2026 pada Sabtu.
Comments

Recommended