00:00Baik, kita beralih pula ke laporan darabangsa.
00:02Calon Presiden Columbia untuk pilihan raya akan datang
00:05dimasukkan ke unit rawatan rapi ICU pada Sabtu
00:09selepas ditembak dalam satu acara kempen di Bogota.
00:13Menurut pihak berkuasa Miguel Uribe, 39 tahun,
00:17sedang merucap kepada penyokong di Ibu Negara
00:19apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ke arahnya
00:22dengan dua das mengenai kepala dan satu lagi dilutut
00:27sebelum suspek berjaya ditahan.
00:30Memetik AFP, Uribe dilaporkan rebah di atas bonnet
00:35sebuah kereta putih dengan berlumuran darah.
00:38Sekumpulan lelaki pula berusaha memegang dan menghentikan pendarahan.
00:42Uribe dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal
00:45dan kini menjalani pembedahan bedah saraf
00:47serta prosedur vascular peripheral
00:49menurut kenyataan klinik Santa Fe di Bogota.
00:53Dua individu lain iaitu seorang lelaki dan seorang wanita turut cedera
00:57manakala sepucut pistol jenis Glock dirampas di tempat kejadian.
01:02Sementara itu, pasukan keselamatan akan menyiasat dari segala sudut
01:05dan tiada satu hipotesis yang akan ditolak.