• 4 minutes ago
Malaysia dan Indonesia bersetuju menubuhkan Kumpulan Kerja Bersama bagi memperkukuh pembangunan luar bandar menerusi perkongsian kepakaran, pengurusan kampung dan peluang ekonomi komuniti.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia dan Indonesia bersetuju menubuhkan kumpulan kerja bersama bagi memperkukuh pembangunan luar bandar termasuk perkongsian amalan terbaik pengurusan kampung.
00:10Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Ahmad Syed Hamidi berkata, Malaysia boleh memanfaatkan sistem penarafan kampung Indonesia yang lebih tersusun melibatkan
00:20kira-kira 75,000 kampung berbanding 15,000 di Malaysia.
00:27Indonesia mengklasifikasikan kampung kepada empat kategori iaitu maju, sedang membangun, tertinggal dan sangat tertinggal yang boleh dijadikan rujukan bagi meningkatkan
00:36pengumpulan data serta keberkesanan perancangan pembangunan.
00:40Selain itu, Malaysia turut berpeluang mempelajari pendekatan ekopelancongan dan perusahaan ekonomi desa di Indonesia termasuk model badan usaha milik desa
00:49yang menggerakkan aktiviti ekonomi serta penghasilan produk kraft tangan untuk pasaran ekspor.
00:55Ahmad Syed berkata perkongsian itu turut melibatkan program desa kirana dan desa lestari di Malaysia serta desa mandiri di Indonesia
01:03bagi menambah baik pembangunan ekonomi komuniti luar bandar ke dua buah negara.
01:10Terima kasih kerana menonton!

Recommended