Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyentuh soal ego lelaki yang mungkin menyebabkan golongan suami malu atau enggan mengakui mereka menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Beliau turut bertanya sama ada kerajaan menyediakan pusat perlindungan sementara khusus untuk lelaki yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dan seterusnya, Masjid Tanah ingin menyentuh dibutiran ketiga, saya telah diminta oleh Ahli Yang Berhormat Alustar, dia tak ada dalam
00:08dewan ini.
00:09Dia minta tolong Masjid Tanah selamatkan kaum lelaki.
00:15Jadi kita tengok dalam laporan polis berkaitan dengan jumlah isteri ganas semakin meningkat.
00:22Belasah suami sebab lupa beli roti canai.
00:24Yang ini berlaku dekat Jolotong.
00:27Jadi Ahli Parlimen Jolotong tak ada kat sini.
00:29Jadi kisah isteri ganas ini sebenarnya dah menjadi agak tren kerana pertambahannya agak tinggi.
00:37Dan statistik PDRM menunjukkan kes keganasan rumah tangga melibatkan mangsa lelaki meningkat daripada 1,213 kes pada tahun 2023 kepada
00:461,865 kes pada tahun 2024.
00:49Meningkat hampir 54% tuan yang dipertua.
00:53Ini satu angka yang sangat bimbangkan.
00:55Tak tahulah yang dipertua bimbang ataupun tidak.
00:57Tapi berdasarkan data di sebelah Bukit Aman sebanyak 453 kes suami di dera isteri direkodkan antara tahun 2020 hingga Julai
01:062025.
01:07Dekat Melaka sendiri, saya sentuh Melaka, saya tak sentuh pahang.
01:11Yang dipertua.
01:12Angka meningkat daripada 2 kes tahun 2020 kepada 13 kes pada tahun 2024.
01:18Jadi sebab itu saya tak melihat isu ini adalah satu isu yang terpencil.
01:21Ini suami pukul isteri adalah salah.
01:24Isteri pukul suami juga adalah salah.
01:27Keganasan tetap keganasan.
01:28Siapapun pelakunya adalah tetap keganasan.
01:31Dan malang sekali apabila anak-anak menyaksikan sekiranya perkara itu berlaku di rumah.
01:38Jadi dengan peruntukan LPPKN yang meningkat 104.8 juta, saya ingin bertanya.
01:45Adakah pihak kementerian menyediakan pusat pelindungan sementara yang khusus ataupun bersesuaian untuk mangsa lelaki?
01:52Sebab kita tahu kebanyakan tempat ini disediakan untuk mangsa wanita.
01:56Kalau ada rumah untuk mangsa keganasan rumah tangga selalunya ada banyak NGO-NGO yang memberikan peranan, memberikan bantuan kepada mangsa
02:07wanita.
02:07Tapi macam mana lelaki ini?
02:09Sebab lelaki kalau kita tengok ego, minta maaf yang berhormat lelaki dalam dewan ini.
02:14Lelaki ini ego.
02:14Dia jadi mangsa pun, kena pukul bini pun dia takkan mengaku.
02:18Kena marah dengan bini, lagi tak mengaku.
02:20Bukan bini, bukan bini, bukan dia tak takut bini.
02:24Bini tak takut dia.
02:25Bini tak takut dia.
02:27Tapi masalahnya kita, saya juga ingin...
02:31Isteri itu menakutkan.
02:33Isteri menakutkan.
02:34Itu saya tak jawab.
02:35Itu siapa yang cakap tadi itu.
02:37Jadi saya, Masjid Tanah ingin bertanya, apakah bentuk program yang berkesan untuk kita pastikan supaya lelaki ini dihormati dalam rumah
02:51tangga dan sebagainya.
02:52Apakah bentuk-bentuk pengisian yang harus disambut oleh semua ahli yang berhormat di kawasan-kawasan supaya dapat ditekankan.
03:00Sebab kalau benda ini, trend ini dah makin meningkat.
03:02Jadi ini sebenarnya yang patut kita bimbangkan.
03:05Dan apakah bentuk intervensi psikologi kepada anak-anak yang membesar menyaksikan keganasan antara ibu dan ayah mereka.
03:12Sebab kalau kita, macam saya cakap tadi, dalam pertilangan ibu dan ayah pastinya anak yang akan menjadi mangsa.
03:19Sebab itu, kalau kita tengok, kita bandingkan dengan luar negara.
03:22United Kingdom ada menyediakan saluran bantuan khusus untuk lelaki yang mengalami keganasan rumah tangga.
03:28Antaranya men's advice line.
03:30Dan kat Australia menyediakan hikmat sokongan kepada mangsa tanpa kira jantina.
03:35termasuk kemudian cuti bergaji bagi kerja yang mengalami keganasan rumah tangga.
03:39Adakah ia dekat Malaysia terpakai untuk yang lelaki?

Recommended