00:00Selepas hampir 35 tahun berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Bawang Asan, Datuk Seri Wong Sun Koh mengumumkan peletakan
00:09jawatannya daripada Parti Demokratik Progresif PDP namun menegaskan beliau kekal menyokong gabungan Parti Sarawak GPS dan kepimpinan Premier Sarawak Tan
00:18Sri Abang Johari Tonopeng.
00:20Dan Wong yang juga bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu PSB dan Naik Presiden Kanan PDP berkata beliau secara rasmi mengemukakan
00:29surat peletakan jawatannya pada pucuk pimpinan parti sekaligus melepaskan semua jawatan dan pelantikan dalam parti itu berkuatkuasa serta merta.
00:37Wong berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati hal tuju politik PDP ketika ini tidak lagi selaras dengan matlamat dan persefahaman
00:45asal yang mendorong beliau menyertai parti berkenaan susulan pembubaran PSB pada 2024.
00:52Bagaimanapun beliau menegaskan peletakan jawatannya daripada PDP tidak bermakna beliau meninggalkan GPS atau menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Abang Johari.
01:01Mengulas kemungkinan pertanding pada pilihan raya negeri PRN Sarawak ke-13, Wong berkata beliau bersedia memberi laluan kepada generasi muda
01:10untuk meneruskan perjuangan politik.
01:12Beliau turut menyatakan komitmen untuk memberikan sokongan penuh kepada sesiapa sahaja yang dipilih sebagai calon GPS bagi kerusi Dewan Undangan
01:20Negeri Dun Bawang Asan pada PRN akan datang.