Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Beberapa Pemimpin kanan Iran, termasuk Ketua Turus Angkatan Tentera dan saintis nuklear negara itu, dipercayai terkorban dalam serangan udara yang dilancarkan Israel awal pagi Jumaat, menurut laporan media antarabangsa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Beberapa pemimpin kanan tentera Iran termasuk ketua turus Angkatan Tentera dan saintis nuklear negara itu dipercaya terkorban dalam serangan udara yang dilancarkan Israel awal pagi Jumaat menurut laporan media antarabangsa.
00:13Agensi Berita Iran Tasnim melaporkan dua saintis nuklear terkemuka Muhammad Mehdi Tehranchi dan Faridun Abassi turut terkorban dalam serangan tersebut.
00:26Tasnim dan akhbah Tehran Times juga melaporkan bahawa komanda tertinggi Korp Pengawal Revolusi Islam IRGC Major General Hossein Salami terbunuh dalam serangan yang disasarkan ke atas Tehran.
00:39Salami dikatakan terbunuh dalam satu serangan udara di ibu negara Iran pada awal pagi Jumaat.
00:44Beberapa laporan dan kebocoran maklumat daripada media Israel mendakwa bahawa serangan tersebut turut membunuh sejumlah besar komanda tentera kanan, akademik terkemuka serta saintis nuklear Iran.
00:57Serangan ini disifatkan sebagai berskala besar bukan sahaja menyasarkan infrastruktur ketenteraan tetapi juga individu-individu penting yang dipercayai memainkan peranan utama dalam menentukan hal tuju strategik dan tidak balas Iran terhadap serangan ini.
01:10Media rasmi Iran IRNA turut mengesahkan kematian orang awam akibat serangan ke atas kawasan perumahan di Tehran.
01:19Setakat ini tiada maklumat lanjut diberikan oleh pihak berkosa Iran atau Israel berhubung jumlah kematian secara rasmi.

Recommended