00:00Seterusnya, Iran menggesa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNSC
00:06susulan serangan udara Israel ke atas beberapa tapak nuklear dan kawasan awam di seluruh Teheran awal pagi Jumaat.
00:13Dalam sepucuk surat kepada UNSC, misi tetap Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menyatakan
00:20serangan Zionis itu merupakan satu tindakan pencerobohan dan menegaskan Iran berhak mempertahankan diri
00:27selaras dengan undang-undang antarabangsa.
00:32Misi Iran itu berkata rejim Israel telah melancarkan serangan ke atas puluhan sasaran keteteraan nuklear dan awam
00:39dan menyifatkannya sebagai pengisytiharan perang terhadap Iran.
00:44Ia turut menggesa Majlis Keselamatan mengecam serangan yang dilaporkan termasuk pembunuhan pegawai tentera Iran
00:50serta menyasarkan infrastruktur sensitif termasuk kemudahan nuklear.
00:55Surat itu mengulangi bahawa hak Iran untuk mempertahankan diri secara sah, kekal utuh di bawah piagam PBB.
01:03Menurut laporan media Iran, serangan Israel bermula sekitar jam 3 pagi waktu tempatan Jumaat
01:09dan menyasarkan kemudahan keteteraan nuklear serta kawasan kediaman.
01:15Sebagai tindak balas, Iran melancarkan lebih 100 drone ke atas Israel
01:19dan beberapa jam lalu dan usaha pemintasan sedang dijalankan.
01:24Kedua-dua pihak dilaporkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan konfrontasi
01:28keteteraan dengan Iran dilaporkan merangka plan serangan balas
01:32melibatkan peluru berpandu balestik yang menyasarkan wilayah Israel
01:37menurut laporan media antarabangsa.
01:39Terima kasih telah menonton!