Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Iran pada Jumaat untuk bersetuju dengan perjanjian nuklear 'sebelum tiada apa-apa yang akan tinggal'.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Selain itu, Presiden Donald Trump memberi amaran kepada Iran untuk bersetuju dengan perjanjian nuklear sebelum tiada apa-apa yang akan tinggal untuk mereka.
00:11Kenyataan itu merupakan komen pertama Trump sejak Israel melancarkan serangan ke atas Tehran pada Jumaat.
00:18Malah Trump berkata beliau telah cuba mengemudi pemimpin Iran ke arah diplomasi tetapi mereka masih gagal bertindak.
00:25Trump turut menegaskan telah memberi tempoh kata dua dalam tempoh dua bulan untuk mencapai persetujuan program nuklear ini.
00:33Jelasnya beliau telah memberi Iran peluang demi peluang untuk membuat perjanjian selain memberitahu pemimpin Iran untuk menyelesaikan isu nuklear tetapi mereka tidak dapat menyelesaikannya apabila hari ke-61 tiba hari ini.
00:47Trump turut menyatakan pemimpin Iran tidak tahu apa yang akan berlaku dan menyifatkan mereka mati dan akan menjadi lebih teruk.

Recommended