Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Iran, yang disifatkan sebagai pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Iran yang disifatkan sebagai pelanggaran terang-terangan Undang-Undang Antarabangsa dan Piagam PBB.
00:11Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kementerian Luar berkata, tindakan agresif tanpa provokasi itu telah meragut nyawa anggota tentera dan orang awam Iran
00:21serta menyebabkan kerosakan besar terhadap infrastruktur penting di beberapa kawasan di Iran.
00:30Sehubungan itu, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB UNSC supaya mengecam keras tindakan Israel
00:39selain memastikan negara itu dipertanggungjawabkan mengikut Undang-Undang Antarabangsa.
00:45Tambah kenyataan itu lagi, dalam keadaan yang kritikal ini, semua pihak mesti berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan sebarang peningkatan konflik
00:54yang boleh menggugat kestabilan serantau dan memberi kesan besar di peringkat global.
01:00Malaysia turut menyatakan sokongan terhadap usaha berterusan Amerika Syarikat dan Iran
01:05untuk menyambung semula dialog diplomatik berhubung program nuklear Iran.
01:10Malaysia menggesa semua pihak agar menghormati Undang-Undang Antarabangsa serta mengutamakan dialog dan diplomasi
01:17secara konstruktif demi mencapai keamanan yang berkekalan dan menyeluruh.

Recommended