00:00Seorang pelakon dan penyanyi yang dipercayai melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor akan didakwa selasa ini.
00:11Ketua Polis Selangor, Datuk Husin Umar Han berkata, lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Session Petaling Jaya.
00:20Menurutnya, polis mendapat arahan menuduh suspek dari Pejabat Pendakwa Raya Selangor pada Jumaat.
00:26Tambah Husin, suspek akan didakwa mengikut Seksyen 14-A Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 atas perbuatan amang seksual fizikal terhadap mangsa.
00:39Media sebelum ini melaporkan, selebriti itu yang ditahan pada 3 Jun lalu berhubung kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun didakwa baru kali pertama membawa mangsa ke hotel.
00:51Maklumat itu diperoleh selepas polis menjalankan soal siasat ke atas lelaki tersebut, yang mana suspek dan mangsa didapati berkenalan kira-kira 2 bulan lalu.