Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya bersedia menambah baik prosedur operasi standard penyiasatan melalui penilaian dalaman dan semakan semula.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis Diraja Malaysia PDRM masih menunggu dan akan meneliti penghakiman penuh perbicaraan kes Yusuf Rauter untuk melihat jika ada kelompangan serta kelemahan ketika siasatan dijalankan.
00:13Ketua Polis Negara Tansi Razaluddin Husin berkata pihaknya bersedia menambah baik prosedur operasi standar penyiasatan melalui penilaian dalaman dan semakan semula.
00:22Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau berkata PDRM mengambil maklum dan menghormati serta mengalung-alukan reaksi dan pandangan yang dikemukakan semua pihak berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Yusuf Rauter.
00:39Beliau berkata setiap laporan polis akan disiasat dengan adil dan tanpa prejudis walaupun melibatkan suspek berprofil tinggi.
00:48Manakala keputusan untuk petuduhan dilaksanakan selaras dengan Perkara 145 Kurungan 3 Perlembagaan Peseketuan yang diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara.
01:00Razaluddin berkata laporan polis yang dibuat oleh Yusuf pada 12 September 2024 disiasat selari dengan dua kertas siasatan yang dibuka berkaitan penemuan dadah serta pistul.
01:13Malah katanya tiada keperluan untuk mengambil kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes itu memandangkan tindakan tersebut telah diambil ketika aduan dibuat oleh pengadu di peringkat awal.
01:27Pada peringkat tersebut PDRM mengemukakan ke pejabat AGC dengan cadangan petuduhan untuk kedua-dua kes tersebut dan berpuas hati setakat keterangan yang ada pada masa tersebut adalah mencukupi untuk menuduh Yusuf tanpa memanggil mana-mana pihak lain untuk melengkapkan siasatan.
01:46Pada Kamis, Yusuf dilepas dan dibebaskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis serta memiliki dua pucuk pistol tiruan pada 6 September tahun lalu.
02:00Hakim Datuk Muhammad Jamil Husin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima fasi terhadap Yusuf pada akhir kes pendakwaan.

Recommended