Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Mohamed Khaled berkata Kementerian Luar sedang menyelaras usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari Iran dan ketika ini, tiada penerbangan keluar masuk ke Iran.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari Iran sedang diselaras oleh Kementerian Luar sesudah situasi konflik yang semakin meruncing di rantau tersebut.
00:09Menurut Menteri Pertahanan Datuk Sri Muhammad Khalid Nordin, ia termasuk membawa balik melalui jalan darat ke Tugministan sebelum pulang ke tanah air.
00:20Jelas Muhammad Khalid pada masa ini, tiada penerbangan keluar masuk ke Iran dan rakyat Malaysia di sana akan dibawa keluar melalui jalan darat.
00:30Seperti yang dikatakan, tidak ada kapal terbang yang boleh keluar dan masuk ke Tugministan.
00:38Jadi Kementerian Luar pun ada buat kenyataan bahawa rakyat Malaysia yang ada di Iran akan dibawa melalui jalan darat.
00:47Dan negara yang telah diuruskan untuk menerima mereka ialah Tugministan.
00:52Maka mereka akan pergi ke jalan darat darat daripada Tugministan lah bahawa mereka akan dibawa balik ke negara melalui mungkin sawat-sawat komersial biasa.
01:05Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Madlis Perasmian Tuayan Halia Bentung Muda di Kampung Gembur, Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada Sabtu.
01:14Mengulas lanjut, beliau berkata Kementerian Pertahanan terus memantau rapat perkembangan konflik Iran-Israel di peringkat antarabangsa meskipun tidak terlibat secara langsung dalam perang tersebut.
01:26Muhammad Khalid menambah perkembangan konflik di Asia Barat perlu diperhati dengan teliti kerana ia mampu memberi impak langsung kepada rakyat, terutama ekonomi negara.
01:35Pada Jumaat, Kementerian Luar mengarahkan semua rakyat Malaysia yang berada di Iran untuk meninggalkan negara itu.
01:42Menterinya Datuk Seri Muhammad Hassan berkata, Wisma Putra telah menguruskan pengangkutan darat untuk semua rakyat Malaysia menuju ke Ashgabat, Tugministan.
Comments

Recommended